ASAS perjuangan UPKO ialah membela maruah golongan masyarakat minoriti Malaysia dari Sabah. Ini bererti masyarakat minoriti berhak terlibat secara aktif dalam proses penggubalan dasar dan pembuatan kerajaan.Dengan cara inilah Upko dapat membela maruah masyarakat minoriti melalui peningkatan pencapaian pembangunan sosio-ekonomi. Parti ini telah berjuang dengan sedaya-upaya melahirkan masyarakat KadazanDusun Murut (KDM) yang mampu bersaing dalam sistem pasaran ekonomi bebas dengan sistem-sistem nilai dan kerangka mental baru yang dapat menangani dan menghadapi cabaran-cabaran pembangunan abad ke 21 demi tercapainya masyarakat KDM baru.Sama ada masyarakat KDM sedar ataupun tidak, proses perubahan sosio-budaya sudahpun berlaku. Oleh itu, barisan kepimpinan Upko menyokong apa juga dasar kerajaan untuk menyerapkan nilai-nilai keagamaan yang murni yang terdapat dalam kesemua agama ke sistem nilai masyarakat.Para pemimpin Upko di semua peringkat telah bekerja keras dengan penuh komitmen membawa dan membimbing rakyat ke arah kecemerlangan pembangunan sosio-ekonomi. Parti ini telah dan akan terus melaksanakan program-program melalui tindakan jawatankuasa-jawatankuasa petugas khas parti seperti berikut -Jawatankuasa Petugas Khas Ekonomi -Jawatankuasa Petugas Khas Kebudayaan KDM berhubung dengan Dasar -Kebangsaan dan Dasar Bahasa Penghantar Rasmi -Jawatankuasa Petugas Khas Kedudukan KDM dalam Perkhidmatan Awam (Negeri dan Persekutuan) -Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan Pendidikan dan Sumber Tenaga Manusia KDM -Jawatankuasa Petugas Khas Wanita dalam Pembangunan -Jawatankuasa Petugas Khas Komunikasi dalam Pembangunan -Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan Pertanian dan Perindustrian -Jawatankuasa Petugas Khas Kewarganegaraan -Jawatankuasa Petugas Khas Kemiskinan -Jawatankuasa Petugas Khas Pembangunan Belia dan Kepimpinan -Jawatankuasa Petugas Khas Perubatan dan Kesihatan Dengan adanya jawatankuasa-jawatankuasa ini, kedudukan Upko sebagai wadah perjuangan masyarakat KDM akan lebih kukuh lagi dan seterusnya menjadi sumbangan tidak ternilai Upko kepada kemantapan perjuangan sejagat.