1. Menerajui perjuangan rakyat jelata secara progresif dan inklusif ke arah negara maju dan sejahtera.
2. Menyatukan semua warga Malaysia untuk mencapai kemajuan.
3. Mendukung, memelihara dan memperjuang pengamalan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan.
4. Mendukung cita-cita dan aspirasi RUKUNEGARA.
5. Mempertahankan asas dan semangat penubuhan Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai badan perundangan tertinggi.
6. Mempertahankan kedaulatan negara yang merdeka dan melindungi hak-hak serta keselamatan warganegara Malaysia.
7. Mendukung maruah dan kemuliaan manusia.
8. Mempromosi perpaduan dan integrasi nasional dalam usaha melahirkan masyarakat yang adil, makmur, liberal dan progresif.
9. Mempertahankan kebebasan beragama dan keharmonian kaum.
10. Memperjuangkan keseimbangan di antara pembangunan dengan perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar demi generasi akan datang.
11. Meningkatkan penglibatan dan kesedaran generasi muda dan kaum wanita di dalam arena politik serta proses pembuatan keputusan dan kepemimpinan.
12. Berpegang teguh kepada kepimpinan berprinsip dan komited untuk memberikan pelayanan dan perkhidmatan yang fokus, berani dan ikhlas.
13. Memperjuangkan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta pengagihan kekayaan yang saksama kepada semua wilayah dan lapisan masyarakat.
14. Memperjuangkan kesaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan semua lapisan masyarakat sejajar dengan perkembangan ilmu yang dinamik.
15. Memperjuangkan dan melindungi hak-hak pekerja.
16. Bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sehaluan dengan tujuan dan matlamat Parti termasuklah pertubuhan-pertubuhan politik dan badan-badan bukan kerajaan yang berdaftar.
17. Mempromosi kepimpinan yang berfikiran global dan bertindak secara lokal.