Tujuh Ideologi dan Perjuangan UPKO untuk Suku Bangsa Pasok Momogun dan Rakyat Malaysia

UPKO berjuang untuk mempertingkatkan identiti, membela maruah dan mempertingkatkan martabat suku bangsa kita;

UPKO berjuang bermula dengan seruan MISOMPURU TOKOU WAGU’ akan terus mempertingkatkan semangat perpaduan suku bangsa kita sebagai nadi dalam semua bentuk perjuangan UPKO demi masa depan anak-anak dan generasi akan datang;

UPKO berjuang membangun dan mempromosi kebudayaan, bahasa, sistem nilai-nilai murni, kepercayaan dan agama masing-masing

UPKO percaya bahawa sesungguhnya kesemua perjuangan UPKO ini adalah sumbangan positif terhadap hasrat murni pucuk pimpinan negara untuk membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu sepertimana yang dicita-citakan oleh Wawasan 2020;

UPKO berjuang untuk membawa suku bangsa kita kepada satu tahap pembangunan dan kemajuan sehinggalah mencapai status “suku bangsa maju”;

UPKO percaya bahawa sesungguhnya keenam-enam teras kepercayaan dan perjuangan UPKO itu hendaklah diperjuangkan melalui prinsip-prinsip politik perundingan, politik keharmonian, politik perdamaian, politik setia kawan dan politik perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional.

UPKO berjuang untuk membawa suku bangsa kita ke satu tahap kemajuan di mana kita akan sentiasa menuju ke hadapan dan bertindak sebagai pemangkin dalam semua aspek pembangunan;