Tujuan dan Matlamat Parti
  1. Untuk menjunjung, memelihara dan memastikan pengamalan proses Demokrasi Berparlimen secara berterusan dan betul
  2. Untuk meningkatkan dan mengekalkan perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan lunas RUKUNEGARA dan matlamat Wawasan 2020.
  3. Untuk menjunjung maruah dan kemulian manusia.
  4. Untuk meningkatkan dan menjunjung muhibah dan bekerja kearah keamanan, kemajuan, harmoni dan persefahaman untuk memastikan satu proses yang betul untuk integrasi dan perpaduan di kalangan semua kaum di Malaysia, khususnya di Sabah.
  5. Untuk memelihara dan menjaga hak-hak dan kepentingan negeri Sabah dalam Persekutuan Malaysia.
  6. Untuk menjaga dan mengawal hak-hak keistimewaan Bumiputra tempatan dan kepentingan-kepentingan yang sah setiap Warganegara Malaysia yang lain di Sabah.
  7. Untuk melindungi, memelihara dan meningkatkan adat tradisi semua kebudayaan rakyat Sabah.
  8. Untuk memastikan dan menjunjung tanpa syarat amalan bebas beragama.
  9. Untuk meningkatkan kesedaran sebagai Warganegara Malaysia dan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
  10. Untuk menjunjung, menyokong dan mengekalkan pembangunan Parti Politik yang sihat dan melakukan segala yang perlu selaras dengan matlamat dan tujuan tersebut di atas kearah satu masyarakat yang adil, stabil, harmoni dan makmur.
  11. Menjadi saluran kepada Anak Negeri Sabah untuk memberi sumbangan aktif kearah mencapai status maju bagi masyarakat Anak Negeri Sabah, negeri Sabah dan Negara Malaysia seperti mana yang terkandung dalam wawasan 2020.
  12. Untuk membela dan mempertingkatkan maruah, identity dan martabat rumpun pasokmomogun.
Leave Comment